Sunday, March 20, 2011

20.03.2011

the day has come!!
20 Mac 2011
damia genap 6 bulan (haih mama gumbira macam la damia masuk setahun dah ;p)
mama berjaya melengkapkan perjalanan 6 bulan pertama penyusuan damia, tanpa setitik pun FM :)
syukur Alhamdulillah..
terima kasih ya Allah..kerana memberi kekuatan, semangat, rezeki utk damia
jadi mama dapat diploma susu ibu hari ni
tak payah konvo, kepuasan itu sudah mencukupi :D
 setahun enam bulan untuk misi seterusnya : tapi takmau terlalu mengharap
mama cuba untuk 6 bulan mendatang ye sayang..
due birthday damia : 20 September 2011
ya Allah..permudahkanlah..

mari tgk apa damia buat hari ni
pagi-pagi mamam bubur dengan ayah
hari ni bubur nasi+epal
dah empat hari bubur+carrot, alhamdulillah tak menampakkan sebarang allergi
hari ni makan epal esok makan KFC..hah?

 cubaan berani mama meletakkan gambar tak comel damia
bukan apa, mama berpijak di bumi nyata
ada masa damia comel, ada masa damia momot
kan sayang?
buat kenangan untuk damia tengok dgn suami dan anak-anak mama nanti

 ala comotnya..

 tidur yang terganggu sebab mama on lampu
"menci la mama ni..org nak tido pun susah.."

 "haihh...mama nak amek gamba momot bangun tido.."
 "okeh mama..damia posing ni"


 gambar ni betul-betul mengingatkan mama masa kecik-kecik dulu
kami adik beradik suka bersusun depan tv, sambil kaki naik atas macam ni
kadang tu nak tukar channel pun pakai kaki je
tak senonoh kan..padanla menurun kat damia tu..

 sekeping gambar dgn mama cantik kat tesco kajang
mama meroyan cari baju kurung
kekdahnya mama ni asyik nak meroyan je..sigh*


nota jari : great job mama! :)

No comments:

Post a Comment