Wednesday, March 30, 2011

jariku...


erk..harap-harapnya tak ada la yg x lalu nak makan tengok gambar d atas tu ye..
ni luka kena stepler..bukan stepler kertas tu ye..ni stepler utk meja tu..yg org guna kalo nak alas meja..
haishh..tengok macam sakit kan..tapi masa kena tu blur je tengok darah menitik-nitik..gigih kan?

kena masa balut noticeboard untuk bilik math,selasa 29.13.11 tak tau macam mana leh kena..berangan ingat hubby kot ;p
takpela..benda nak jadi kan..sabar sajalah..

nota jari luka : cuti masak sehari..horey!!

Friday, March 25, 2011

bubur baby edisi jimat masa

selamat pagi cikgu (baca dgn nada upin ipin) 

sejak-sejak menjadi ibu ni saya rajin la sangat nak mencari info-info tentang penjagaan baby dan resepi utk suami ;p 

memasak bubur baby memang lama kan..nak tunggu beras lembut, nak jaga-jaga supaya x hangit..so sy pun baca-baca la blog mommy2 lain dan jumpa cara mudah dan menjimatkan masa mama chantik ibu-ibu yang berkerjaya..

meh review..okeh, kali ni masih bubur nasi+lobak..boleh gak apply utk bubur perisa (perisa?) lain..
caranya,kita sediakan bahan mentah dlm bentuk mudah dan cepat dimasak..begini caranya..

mula-mula, lobak direbus sampai lembut
blend sampai lumat..
masukkan dlm kiub ais..
simpan dalam freezer utk dibekukan..lebih baik pakai bekas kiub yang bertutup..tapi masa ni sy belum beli bekas tu lagi, so ambik lagi satu bekas kiub ais utk jadi penutupnya..fuhhh..pandai saya berjimat kan ;p
acara selingan : mari tgk stok susu dlm deep freezer saya ;)

ok, bila dah beku, pindahkan ke dalam bekas lain, tak kisah la tupperware, atau tipuware..suka hati mata dan dompet masing-masing. nampak tak kiub yang tak jadi?bukti saya tak menyabar nak pindahkan bekas..*sigh
labelkan tarikh dan simpan semula dlm freezer..psst..psstt..kiub-kiub ni tahan sebulan tau!
ok, bahan seterusnya ialah beras..basuh bersih beras (amaun suka-suka hati) dan gorengkan seketika tanpa minyak. tujuan : mengeringkan beras sebelum dikisar..anda akan mengambil masa beberapa hari kalau nak mengeringkan beras secara semulajadi a.k.a membiarkan beras kering sendiri..

next, kisar beras menggunakan pengisar kering ye..kisar sehingga beras menjadi seakan-akan tepung..

masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais..eh.eh..nnti dulu..jgn simpan dalam freezer tempat ais tu tau..simpan kat bahagian bwh je..
 
stok-stok tadi boleh dibuat semasa hujung minggu dan setiap malam anda boleh menggunakannya utk memasak bubur fresh :)
cara memasak buburnya pula :
ambil beberapa senduk beras kisar tadi dan kacaukan dengan air
 
letakkan di atas api, kacau-kacau, masuk pula kiub lobak sesuka mulut anak anda
biarkan mendidih sambil terus mengacau..
tadaa..siap sudah bubur anak-anak kita..dah x perlu blend sebab tadi kan dah blend :)
tak sampai setengah jam, bubur dah masak..jimat masa kan?
masukkan dalam bekas yang sesuai..kalau terlebih, bubur ni boleh dibekukan..so boleh guna beberapa hari
hanya panaskan dan terus bagi baby makan..nyum..nyum..
sangat praktikal untuk ibu-ibu berkerjaya :) memasak sendiri lebih baik dari memberi anak-anak kita makanan berpengawet yang berlambak-lambak di pasaran sana..siapa setuju angkat tangan :)

nota jari : bersyukur menjadi ibu di zaman segalanya di hujung jari

Sunday, March 20, 2011

20.03.2011

the day has come!!
20 Mac 2011
damia genap 6 bulan (haih mama gumbira macam la damia masuk setahun dah ;p)
mama berjaya melengkapkan perjalanan 6 bulan pertama penyusuan damia, tanpa setitik pun FM :)
syukur Alhamdulillah..
terima kasih ya Allah..kerana memberi kekuatan, semangat, rezeki utk damia
jadi mama dapat diploma susu ibu hari ni
tak payah konvo, kepuasan itu sudah mencukupi :D
 setahun enam bulan untuk misi seterusnya : tapi takmau terlalu mengharap
mama cuba untuk 6 bulan mendatang ye sayang..
due birthday damia : 20 September 2011
ya Allah..permudahkanlah..

mari tgk apa damia buat hari ni
pagi-pagi mamam bubur dengan ayah
hari ni bubur nasi+epal
dah empat hari bubur+carrot, alhamdulillah tak menampakkan sebarang allergi
hari ni makan epal esok makan KFC..hah?

 cubaan berani mama meletakkan gambar tak comel damia
bukan apa, mama berpijak di bumi nyata
ada masa damia comel, ada masa damia momot
kan sayang?
buat kenangan untuk damia tengok dgn suami dan anak-anak mama nanti

 ala comotnya..

 tidur yang terganggu sebab mama on lampu
"menci la mama ni..org nak tido pun susah.."

 "haihh...mama nak amek gamba momot bangun tido.."
 "okeh mama..damia posing ni"


 gambar ni betul-betul mengingatkan mama masa kecik-kecik dulu
kami adik beradik suka bersusun depan tv, sambil kaki naik atas macam ni
kadang tu nak tukar channel pun pakai kaki je
tak senonoh kan..padanla menurun kat damia tu..

 sekeping gambar dgn mama cantik kat tesco kajang
mama meroyan cari baju kurung
kekdahnya mama ni asyik nak meroyan je..sigh*


nota jari : great job mama! :)

Saturday, March 19, 2011

solid food pertama damia

huh..huh..huh..akhirnya berjaya jugak sy upload gegambar ni..punya susah nak upload since tsunami jepun yg melembabkan internet seantero dunia (gaaa....gaya pembaca berita dunia?)

anda-anda, damia sy sudah mula mkn solid food 16mac lepas, umur 5 bulan 26 hari..belum cukup 6 bulan sebenarnya tapi sy tengok damia dah bersedia utk solid food..kalau nampak kami makan, air liurnya meleleh dan dia pun buat gaya mcm nak makan.capai itu-capai ini..

tapi sy menunggu cuti sekolah ni sebab sy nak bersedia fizikal-mental sebelum bagi damia makan (perlukah?) sy mahu menikmati detik pertama menyediakan dan menyuap anak makan..wah,sentimental kan? tak tahula kenapa sejak-sejak bertukar status menjadi mak dara ni sy sedikit sensentap..cepat je mengalir air hidung mata dan menarik muncung panjang dengan roommate saya tu..sigh*

ok.ok..mari belajar macam mana sy sediakan solid food pertama damia..
mula-mula saya beli blender baru..haih!ini pun masuk steps kah? 
sebab..sy ada terbaca entah kat mana ntah, seeloknya jangan campur blender yang kita pakai blend cili tu dgn blender utk makanan anak..mana tau ada lagi kesan-kesan cili ke..sian anak-anak kita kan..tapi ni bukan compulsary pun..terpulang la pada pendapatan anda..

jeng..jeng..jeng..perkenalkan cik blender baru saya :)

saya kecek-kecek kakak ipar saya utk bagi periuk ni..hadiah kawinnya yang belum dipakai..apakah?baru sy perasan tiada orang hadiahkan sy periuk masa kawin hari tu..hmm...agaknya mereke mesti dapat agak saya tak pandai masak kan?oh.oh.oh..kesian kamu jihan..

puan-puan, menu pertama saya ialah bubur nasi+carrot..bahan-bahannya haruslah beras dan carrot. basuh beras dan potong-potong carrot mengikut citarasa anda..bukan apa, kalau anda potong cantik-cantik pun, baby anda takkan tau pun kan..

masuk dalam periuk dan masak macam masak bubur..apa daa..dah memang namanya bubur kan..

hah..yang ini tidak termasuk dalam senarai menu mahupun bahan-bahannya..yang ini anak dara sy yang sibuk nak menolong saya di dapur..berkali-kali sy pesan dgnnya "mama nak masak bubur untuk damia, damia duduk diam-diam ye.." tapi si anak dara ni tetap mahu ikut saya ke dapur.haishh..

bubur perlu dikacau-kacau supaya tak terhangit..jatuh reputasi di mata anak kalau first time masak bubur dah hangit.heh..

ok..bila dah masak boleh sejukkan seketika dan blend sehingga lumat..mkanan pertama baby sebaiknya diblend..sebabnya? ermm..begini..baby dah biasa dengan tekstur susu yang cair kan..so untuk solid food pertamanya, berikan dia tekstur yang sedikit pekat daripada susu..bagi masa untuk anak-anak kita explore tekstur yang baru secara berperingkat-peringkat.
makin lama boleh tingkatkan kadar kepekatan bubur..dah biasa makan, dah x payah blend, lenyek-lenyek saja..satu-satu ok? baby kita tu sedang belajar skill yang baru :)

dah blend, tapiskan bubur tadi..
campurkan sedikit EBM ,dah siap dan sedia untuk dimakan..makanan bayi bawah setahun tidak perlukan garam dan gula ye mama-mama sekalian..ginjalnya belum bersedia untuk memproses garam lagi..
ala..mesin baru nak beroperasi, tak boleh terus heavy duty la..

puan-puan, untuk makanan anak, kita sediakan makanan yang sama selama empat hari berturut-turut (4 days rule) untuk melihat sama ada anak kita allergic dgn makanan tu di samping memantau poo poo nya..kalau ok, boleh teruskan dan tukar menu pada hari kelima, kalau tak ok dan baby menunjukkan tanda-tanda allergic, segera hentikan pemberian makanan tersebut ya! (buh tanda seru tanda saya eksaited)

damia dah bersedia untuk makan..pakaikan bip untuk mengelakkan mama meroyan kena tukarkan baju yang comot..

suapan pertama.."erk..ni apa yang mama suap ni?"

"oh.oh..macam sedap la pulak..makanan rupanya..meh rampas sudu dari mama.damia nak makan sendirik la mama"
"kawan-kawan, suap macam ni ye.."

"ah mama jangan nak rampas-rampas sudu ni..damia pandaila nak suap sendiri"
"suka hatimu la nak.."

"ok mama..dah kenyang..nak tido pulak.."

eh.eh.perangai sape tido lepas makan ni? "erk alhamdulillah..cedap mama macak.."
damia dah kenyang sampai tertido lepas makan..
maka sempatla mama zass zass memasak ikan suka-hati-campak-bahan-bahan untuk ayah makan lunch..
damia sekarang ni makin manja dengan mama..sejak-sejak mama bercuti seminggu ni.kalau menyusu je mesti dia akan pegang tangan mama macam ni
dan kaki letak kat peha mama macam ni

 
kalau mama bergerak je mula la dia celik mata dan merengek minta ditemankan lagi..dan selalunya mama akan tertido bersamanya
haishh..kalau begini gayanya, bukan salah syg la kalau tak sempat habiskan kerja-kerja rumah kan b?

nota jari : selamat mencuba ibu-ibu :)

ahmad wafiy hakim-nur damia

suka suki je ku gabungkan nama mereka berdua kan..psst..psst..yuy berbesan nak?

ptg tadi mama wafiy me'roger' ku utk menyerbu rumahku..haish..dah ada kat ukm baru nak roger ya..
terpisat-pisat saya-ayu-berbaju-kurung bangun dari tidur indah memeluk anak dan terkedek-kedek mengemas rumah apa-apa yang patut. maaf la mama wafiy, rumah kami berhabuk banyak sikit..maklumla, mama damia ni sibuk buka fesbuk sikit seminggu ni..sigh*

damia dan wafiy mcm twin kan..baju sama, toto sama, saiz pun hampir sama..punyalah kami ni membahasakan 'kakak damia' dan 'adik wafiy' kaedahnya mereka berdua akan masuk darjah satu tahun yang sama kan..hoho..skrg ni ye la berkakak-adik, tujuh tahun lagi mereka akan beraku-engkau.
awat buat muka terkujat tu damia?

memula mereka (wah mereka?) sampai, damia macam terkejut je tengok ada baby macam dia..ingat awak sorang je baby di dunia ni..
tapi lelama tu damia dah mula pegang-pegang wafiy, dan bersembang dgn papa wafiy :)

gambar mama-mama? takde sebab mama-mama sibuk bergosip ambik gambar anak-anak..
kalian dtg mengejut, harusla mama damia tak sempat memasak kan..hidang apa yang ada je ye..
lain kali kita plan reunion yang proper punya tau.


nota jari : dulu kami berkumpul anak-anak dara, skrg kami sudah mak-mak dara

Thursday, March 17, 2011

acik-manang-moto-lagi

kahkahkah..
ku meroyan join memana contest..gilak ah..bajet menang selalu..
2 hari lpas ku join contest kat KIM, bg caption utk sekeping gambar tu..
gambar tu gambar baby tgh menyusu..

nah ku kopipes resultnya (since xleh nak upload gamba kan..) hambik...

****
Pemenang bagi Contest 'Giveaway BF Car Sticker' adalah seperti berikut...Pemilihan juri berdasarkan originality, creativity & the most attractive caption dari pihak juri...

Pemenang no 3 - intan ilham - mommy your milk is yummy, your heartbeat is my lullaby

Pemenang no 2 - dash aris - darahku mengalir dalam tubuhmu, begitu juga susuku..sentiasa bersamamu..

Pemenang no 1 - maryati al fatihh - minumlah sayang..jgn risau susu ni berkhasiat dan gerenti BPA free!

Saguhati (pihak juri sponsor 1 sticker)

sarah kalam - lovejuice from mama..the greatest gift from heaven
siti rohana arman - ibu, pas habis yang ni nak sebelah lagi ye?
Rozy Anna Ahmad – Fresh from the Breast is the best
kroll adeq - sayangku..terimalah nikmat tuhan yang tiada tandinganya 'susu ibu'
zuraidah che mohamad- with proud and without worries just OPEN n FEED it..-
Ghan Yan – super healthy fast food @ breastaurant
tg farhana kamarulzaman - now its mine..sorry to papa

*TAHNIAH kepada pemenang! Sila PM saya alamat rumah ye....:)

***
ku dapat sekeping car sticker..oyehh..buleh la ku tampal pada keretamu kan b?

nota jari : pasni tentu sy lebih gigih sertai mana-mana peraduan..mode : laki geleng pale

Wednesday, March 16, 2011

update 5.40pagi

ku meroyan xdapat nak update blog..oh.oh.oh.oh mode: tarik-tarik rambut..

dah try byk kali still tak dapat nak upload gambar-gambar tu.mana best baca cecite takde gamba kan..kan..

ni 5.40am..ahahaha..jangan cakap sy bangun awal semata-mata nak update blog. sy tak segigih itu. sy baru je lepas bersahur. ohohoho..jangan juga cakap sy tunjuk baik. sebab sy ada lagi 14 hari hutang puasa..omak ai..banyaknya lagi..mode : pengsan seketika..

chaiyo..chaiyo mama..u can do it :)

Tuesday, March 15, 2011

my 1st pregnancy

sebenarnya sy cuba utk buat entri solid food pertama damia, tapi dah banyak kali sy cuba upload gambar, tiada yang berjaya..sigh*gambar x cukup comel untuk dipublishkah?

jadi sy kopi pes mende alah ni dr blog kak sue lunatots (suka suki ku je panggil kak sue..ntah dia nk ngaku aku adik ke tidak)

jeng..jeng..jeng..
1. Was your first pregnancy planned?
yup,kami sudah bertekad (wah!) untuk mempunyai anak secepat mungkin..mahu tengok hasil gabungan kami berdua.

2. What was your second choice name for your opposite gender name?
tak terfikir utk baby boy since dr 4months doc dah kata girl (kompiden seh..)

3. What were your reactions?
tak percaya dan buat UPT test 3kali..dan ku paksa hubby buat test sama..kahkahkah..nak jumpa doc utk scan tapi masa tu sabtu, doc cuti..kena tggu isnin plak..


4. How old were you?
24 tahun 3 bulan! and en. hubby tepat 25 tahun


5. How did you find out you were pregnant?
perut buncit sikit (sikit kah?) dan UPT test..dan instinct juga since cik p dah terlewat 9hari


6. Who did you tell first?
my en hubby as his bday present :)


7. Did you want to find out the gender?
yup, 18weeks g scan n doc kata most probably girl

8. Due date?
24 september 2010


9. Did you have morning sickness?
ermmm..tak jugak.tapi sy bertukar menjadi sangat malas, sangat cepat menangis, sangat susah nak makan..nasib en hubby ku sabar..wiu..wiu..


10. What did you crave for
soto masakan mak, nasi kerabu pasar malam bangi, megi goreng mamak bangi, nasi himpit-kuah lodeh-kuah kacang..anak ini memang anak hari raya ;p

11. Who/what irritated you the most?
errr...perfume hubby sikit-sikit, bau kantin sekolah

12. What was you first child’s gender?
girl :)


13. Did you wish you had the opposite sex?
anak first x kisah gender apa..tapi pas ni wish for boy pulak


14. How many KG did you gain throughout the pregnancy?
 9-10 kg

15. Did you have a baby shower?
Majlis kesyukuran biasa jemput saudara mara

17. Did you have any complications during you pregnancy?
permulaan pregnancy hb rendah, bulan kelapan pregnancy albumin detected in urine dan admitted ward..sigh*


18. Where did you delivered?
Hospital Kajang


19. How many hours were you in labor?
masuk wad 7am, masuk labor room 7.45pm, bersalin 10.15pm, keluar labor room after 12am..
bayaran free duk wad first class :) mode hubby urut-urut dada

20. Who drove you to hospital?
si dia :)


21.Who watched you give birth?
doc-taktau-nama, nurse, prac-nursing-stud

22. Was it natural or c-section?
normal with sedatif (doc bagi setelah ku melalak tak ingat dunia) kehkehkeh, dah ingat malu sendiri..nasib dorang dorang yang sambut baby masa tu x ingat sy..kikiki

23. Did you take medicine to ease the pain?
yup,dadah apakah itu sy pun taktau..sy meneran separuh sedar tapi tak sakit :)

24. How much did your child weight?
2.6kg

25. When was your child actually born?
20 september 2010, 10.15pm

26. What did you name him/her?
Nur Damia Binti Muhamad Fathi Syafiq

27. How old is your first born today?
5 bulan 26 hari

28. Would you do it again?
yup, x sanggup nak menghadapi c-sec (setelah mendengar cerita susahnya nak jaga luka c-sec)



nota jari : nur damia kurniaan tak tenilai untuk sy dan suami :D

Friday, March 11, 2011

cuti pertengahan penggal 1

selamat bercuti semua :)

wah cikgu-cikgi sekalian lagi eksaited nak bercuti dari anak-anak murid ye?supaya tidak mengalami sindrom post-natal a.k.a sindrom mak-mak pelupa, sy listkan kerja yang perlu disiapkan sepanjang cuti seminggu ini.
  1. damia first kan?so cuti ni mama nak ajar damia makan solid food..ohoho, sangat teruja nak snap pict damia first time makan :) err..adakah ini termasuk dalam kategori kerja-yang-perlu-disiapkan?hehe, sy juga perlukan sebuah blender baru utk blend bubur damia nanti..en hubby?apa kata survey?
  2. marking paper pend moral 4adil & 4ehsan..first time sy ajar moral, first time nak mark paper..hmm..mungkin mengambil masa sedikit kan..
  3. bagi markah PEBEL utk semua student yang sy ajar..tang ni sy paaaaaaaling malas...sy malas la nak pk budak ni baik ke tak, sopan ke tak, cantik ke tak macam cikgunya oooo..subjektif ok..subjektif..
nota jari : mahu bersenang-lenang dan dapat gaji hujung bulan

Sunday, March 6, 2011

damia

mari tengok gelagat anak dara sy ni..pejam-celik kejap je masa berlalu..20 mac ni anak dara sy akan menginjak usia 6bulan..wow..mama dah xsabar nak masak solid food pertama damia :)

damia dah semakin pandai..tau je kalau mama pegang kamera, cepat-cepat dia senyum..tau-tau je mama dia nak masukkan gambar dia dalam blog ni kan..well, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan ;p
baju hadiah aunty mut.baru dpt pakai coz aunty beli saiz besar. damia kan chumell je "thanx aunty..lain kali boleh belikan lagi"

ayah bagi damia main bear yg dah graduate tu.nak bg damia semangat masuk u kononnya..kaedahnya ada damia faham?

bila dah transfer gambar, x sampai hati nak delete gambar di tenit ni dan tepekkan saja la walaupun gambar berulang-ulang..nnt lihat gambarmu puas-puas ya nak..

ni masa nak g jenjalan..damia dah boleh didudukkan begini..maknanya damia dah bersedia utk solid food..sabar ye syg..cuti sekolah next week mama akan gigih memasak untukmu.
 baby room@parkson alamanda..suka sangat sebab bilik ni cantik dan selesa.

 hohoi..ayah sibuk uruskan damia, mama sengeh posing sorang-sorang ;p
elephant utk damia..damia kagum je bila elephant ni boleh bunyi-bunyi bila dipicit..tapi damia tak pandai nak picit-picit bagi bunyi lagi.
sungguh heaven bershopping bila anda mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak dara..sebab boleh beli baju-baju comel seperti ini. mama eksaited sebab dah sah-sah mamanya xboleh pakai baju mcm ni kan..auuu..
ada satu kisah.sebuah keluarga sedang duduk-duduk dengan menunggu si ayah selesai bersolat.sy masa tu baru sudah solat, jadi sy take turn jaga damia sambil duduk-duduk di sebelah keluarga itu.
anak perempuan keluarga itu mula pandang-pandang damia dan mencuit abangnya."comelkan?" nada berbisik.
si mama yang terdengar pun menyampuk "mcm mamanya tak?" grrr..budak perempuan tu terus buat muka blurr..dalam hati mesti kata "makcik ni perasan je.."
tapi budak perempuan tu tetap menten senyum "dah berapa bulan ni?"
mama jawab "6bulan"
suddenly budak lelaki tu kata "kami punya 8bulan"
aaa..giliran mak budak pulak terpinga-pinga..rupanya budak tu maksudkan adik dia umur 8bulan..kehkehkeh..mama dah pk lain dah..

nota jari : anak-anak kecil memang menghiburkan :)