Friday, February 18, 2011

sy seorang guru kelas

mari bercerita tentang kerja pula. oh tidak.tidak. ini bukan entri mengeluh..
sy suka jd cikgu tiap2 tahun dpt hadiah banyak. sy suka mengajar. sy tidak suka layan masalah disiplin pelajar. sy suka bercerita dengan pelajar. sy tidak suka pelajar tidak buat homework sy. sy suka pelajar banyak tanya soalan. sy xsuka pelajar buat-buat pandai. pendek kata sy suka kerja sy tp sy tidak suka kerja berulang-ulang.

anda tahu, menjadi guru kelas mmg memerlukan kita (wah, ganti kita sbb yg mnulis tu pun guru kelas juga) menjadi kerani serbaguna. siapa setuju angkat tangan? ada baaaaaaanyak borang perlu diisi. ok.setakat banyak borang sy xkisah la.tp setiap kali tu kena isi nama n details pelajar..details yg sama pulak tu. biasanya detail tersebut (tersebut?) nama, no daftar, no i/c, nama penjaga, alamat rumah nama awek dll.

contohnya (siap bagi contoh mcm mgajar dlm kelas kan) 
  1. buku register pelajar-hah, ni hampir setiap muka surat kena tulis nama pelajar. tulis tangan pulak tu. sy ada 41 pelajar. pulak tu xleh buat silap. asyik2 kena ingatkan buku register tu akan diaudit..minimakan kesalahan..jadi menulis buku register memerlukan masa yang lama la..campur konsentrasi dan ketelitian lagi kan..
  2. buku daftar sekolah-anda ingat x masa sekolah ada satu buku besar bagak  yg tebal. yg ni pun kena lengkapkan dgn details pelajar. juga bertulis!
  3. SMM- sistem maklumat murid..jenuh nak isi benda alah ni..kan bagus kalau boleh online dan terus send je..nk pulak kena kejar student yg xlengkap data..anda bayangkan sampai jenis darah, pengangkutan ke sekolah semua pun dia nak.
  4. sistem peperiksaan-again, masukkan nama n details pelajar
  5. borang check gigi la, borang suntikan HPV la, borang itu borang ini..
anda bayangkan berapa banyak masa yg diperlukan utk menulis satu persatu nama-nama tersebut, dan anda juga mesti tau trend menamakan anak dgn nama panjang2..haishh..buntang mata tengok nama-nama zaman sekarang.

ermm..atau adakah ini satu bentuk silent treatment utk para guru kelas menghafal ejaan nama pelajar?well, bila kita buat banyak-banyak kali kita mesti hafal kan?

ini buku register. kemas x tulisan sy? sy rasa buku ini perlu direview semula isi kandungannya..mungkin ada maklumat yg tidak perlu, cth umur pd 1Jan..hello, skrg bukan zaman siapa-tak-lulus-tak-naik-kelas. jadi semua pelajar dlm satu kelas tu sebaya kan.lgpun sy xnampak apa kegunaan maklumat ini.

sy mengambil masa 2 minggu nak siapkan benda ni..yalah, benda x boleh buat silap, sy memerlukan mood yg baik semasa menulis alasan! bukan apa, kalau buat terkejar-kejar, takut TERbuat salah kan?


borang SMM. borang yg penuh dgn maklumat pelajar dan sgt berguna utk mengkompletekan data mereka d mana-mana sahaja.
begini cadangan sy : anda rasa wajar x kalau sy mencadangkan agar diwujudkan satu jwtn khas data pelajar di sekolah? si pemegang jawatan ini yg tolong uruskan semua berkaitan data pelajar. data pelajar pula disimpan dlm sistem khas yg kalau diperlukan, boleh terus print saja. tidak perlu tulis-tulis tangan. jadi guru-guru kelas boleh tumpukan mengajar, mengutip yuran, menceriakan kelas dan sebagainya. what u say?



nota jari : tidak juga menyesal menjadi guru :)

2 comments:

  1. aku setuju dengan ko ghan...walaupun aku belum start sekolah lagi..tp aku dh dapat bayangkan kerja yang bakal aku terima naik sekolah nnti...huhu

    ReplyDelete
  2. kalo keje bnyak leh tahan lg..ni keje berulang-ulang kan..

    ReplyDelete