Wednesday, February 23, 2011

saya mengepam di tempat kerja

agak lama sy memerap gambar ini..niat d hati tu nk upload n tulis new entry secepat mungkin tp tu la..ada je aral menegak melintang..*sigh..ini pun mencuri masa smentara si kenit tgh tdo berpampers sahaja.

panas kan cuaca skrg..sian si kenit sy ni sudah bbrapa hari suhu bdn naik..kalo siang dia sihat, time mlm je mst badan panas..oo, pndai ye..time mama keje sihat plak..tapi takpela..selagi damia cergas mama xrisau sgt, sbb mama tau damia sdg membina antibodinya :) jadi anda-anda sekalian, cuaca x mnentu ni jg ksihatan tau. kurangkan aktiviti luar, minum air satu kolah masjid banyak2 : pesanan khidmat masyarakat dr sy bukan-si-peramal-cuaca.sekian..

ok anda-anda..masuk le topik perbualan..mari kita tgk mcm mana sy mengepam d sekolah..sy ada port khas utk mengepam..bilik sesi kaunseling kelompok..oleh krn bilik ni jarang digunakan sbb students kat situ pandai2 belaka..xpyh kaunseling2 guru kaunseling yg chantekk, dorg nk sesi one-to-one je ngan kaunselor..cait! maka pengetua memberi green light utk ibu2 yg nk mengepam utk menggunakan bilik ini..weehhooo..ilevyula!

ye puan-puan..mula-mula mestila kena setup pam dan segala kaum kerabat sekampungnya kan..


ini la beg khazanah sy..skali tgk mcm beg budak skolah kan..kalo bebudak tu nampak cikgunya menggalas beg ni mst dorang ingat sy sudah melarikan beg pelajar sy ;p

bila dh setup, boleh la memulakan operasi tenusu sy..tgk saya tgh mengepam dgn chanteknya jayanya..bilik ni berkunci..so sy boleh la curi tulang mengepam dan bergambar tanpa risaukan apa-apa..


tpt mengepam sy mmg selesa..wlupun agak jauh dr bilik guru, sy bisa kurus turun-naik tgga yg tinggi, sy tetap suka sbb privasi n sy boleh buat double pumping tanpa sbarang gangguan..


sambil mengepam boleh la puan-puan membuat aktiviti yang tidak berfaedah seperti saya ye..contohnya mengambil gambar diri sendiri, membaca majalah bawak sendiri atau tidurrr...
dan biasanya saya akan mengambil masa 15minit-20minit utk satu sesi macam ni.


taraa..alhamdulillah..ni la hasilnya..anda tahu, utk melancarkan susu spy keluar cpt, hati mst gembira kan..mungkin sbb sy gigih mengambil gambar sendiri dgn hati gembira maka susu sebanyak ini..yakah?

siap mengepam, boleh simpan shield dlm cooler bag dan boleh digunakan lagi utk sesi strusnya..xpyh basuh sbb sy malas susu ibu kan ada agen antibakteria :)


susu sy berganding bahu berposing bersama-sama shield sebelum berjiran di dalam cooler bag


sy tinggalkan je perkakas mengepam sy di dalam bilik ini sehingga sesi seterusnya..biasanya kat sekolah sy pam 2x..kalo ada gap 40minit pun sy sempat berlari-lari pergi mengepam tau! bila dah siap 2 sesi baru sy bwk khazanah-khazanah ni masuk semula ke dlm kereta.

nota jari : sy gigih!

No comments:

Post a Comment