Sunday, February 27, 2011

batuk-demam

akhir-akhir ni cuaca sangat panas kan..(intro seperti peramal kaji cuaca?)

masa cuti Maulidurrasul tu seharian mak-anak-satu tu terlantar demam n beberapa hari lpas tu batuk-batuk pulak..elok je batuk elok, anak tecit ni pulak menyambung penyakit mamanya..demam dan batuk-batuk..dlm beberapa hari jugak dia demam..siang elok je..bila mlm suhu mesti naik..

bwk g jumpa doc, doc bg la segala mcm ubat yg patut..skrg ni dh agak ok, cuma ni la perangai trbaru dia..
sejak bila ntah ada perangai mcm ni. ni mst kes ikut perangai ayah. tido mlm pun mcm ni..tau-tau je dah telangkup tido.."x baik mcm tu nak..xberkenan mak mentua nak tengok"

ni ubat-ubatan si tenit. mula-mula dulu meragam gak nak bg mkn ubat, skrg dh senang sikit..tp kena la pegang sikit pipi dia (imejin ala-ala penculik memaksa org culikannya memberitahu nombor telefon ayahnya) bulih imejin kah?
dan ini si tenit mama hari ni..anak susu ibu ni walaupun demam tetap cergas mcm xdemam..membesar bagai juara kan yang?
"oh.oh mama..adakah jejaka-jejaka yang membaca blog mama?"

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ayah. dulu sampai sekarang masa mandung suke sgt main fb kan..nah, hambikla akibatnya..












nota jari : mama masih batuk-batuk akibat makan cendol semalam..ohoho..

Saturday, February 26, 2011

pojaan hati

haha (gelak besar mcm haji bakhil dpt duit juta-juta) akhirnya sy berjaya juga mendapat si dia pujaan hati..
bagi anda-anda yg tau kegilaan sy mesti tau sblum ni sy meroyan nk deep freezer gara-gara peti ais dua pintu sy sudah sendat mcm baju-baju sy masa umur 17 tahun

ni rupa fridge terkini sy..mode : meroyan mintak DF kunun-kunun xde tpt nk simpan lauk. padahal dulu masa belum ada anak, sama jugak malas masak ;p oh.oh, lps ni haruss fikir alasan lain utk tidak memasak kan..

bahagian tepi pintu, EBM sy turut berjiran tetangga di sini.


gambar strusnya : ini sahaja makanan yg ada utk suami sy. mode : suami geleng-geleng kepala. "lps ni kalo xmasak jugak b jual balik DF tu " dialog reka sendirik..hikhik.

 
ini la dia pooooojaan hati sy sekian lama tu..

bahagian dalamnya begini


DF ni boleh dikunci..mana tau sy secara haramnya menyimpan haiwan eksotik spt harimau dan mengelakkan dari diserbu pihak berkuasa kan..

ataupun jika perompak masuk rumah sy, boleh la sy elakkan EBM sy dari dicuri mereka..begitukah?

wah kalian..sy bersemangat ni mau memulakan operasi memindahkan mangsa banjir EBM sy ke 'rumah' baru mereka :)

nota jari : sy akan senyum sampai telinga sampai esok! dan hari-hari seterusnya :)

Wednesday, February 23, 2011

saya mengepam di tempat kerja

agak lama sy memerap gambar ini..niat d hati tu nk upload n tulis new entry secepat mungkin tp tu la..ada je aral menegak melintang..*sigh..ini pun mencuri masa smentara si kenit tgh tdo berpampers sahaja.

panas kan cuaca skrg..sian si kenit sy ni sudah bbrapa hari suhu bdn naik..kalo siang dia sihat, time mlm je mst badan panas..oo, pndai ye..time mama keje sihat plak..tapi takpela..selagi damia cergas mama xrisau sgt, sbb mama tau damia sdg membina antibodinya :) jadi anda-anda sekalian, cuaca x mnentu ni jg ksihatan tau. kurangkan aktiviti luar, minum air satu kolah masjid banyak2 : pesanan khidmat masyarakat dr sy bukan-si-peramal-cuaca.sekian..

ok anda-anda..masuk le topik perbualan..mari kita tgk mcm mana sy mengepam d sekolah..sy ada port khas utk mengepam..bilik sesi kaunseling kelompok..oleh krn bilik ni jarang digunakan sbb students kat situ pandai2 belaka..xpyh kaunseling2 guru kaunseling yg chantekk, dorg nk sesi one-to-one je ngan kaunselor..cait! maka pengetua memberi green light utk ibu2 yg nk mengepam utk menggunakan bilik ini..weehhooo..ilevyula!

ye puan-puan..mula-mula mestila kena setup pam dan segala kaum kerabat sekampungnya kan..


ini la beg khazanah sy..skali tgk mcm beg budak skolah kan..kalo bebudak tu nampak cikgunya menggalas beg ni mst dorang ingat sy sudah melarikan beg pelajar sy ;p

bila dh setup, boleh la memulakan operasi tenusu sy..tgk saya tgh mengepam dgn chanteknya jayanya..bilik ni berkunci..so sy boleh la curi tulang mengepam dan bergambar tanpa risaukan apa-apa..


tpt mengepam sy mmg selesa..wlupun agak jauh dr bilik guru, sy bisa kurus turun-naik tgga yg tinggi, sy tetap suka sbb privasi n sy boleh buat double pumping tanpa sbarang gangguan..


sambil mengepam boleh la puan-puan membuat aktiviti yang tidak berfaedah seperti saya ye..contohnya mengambil gambar diri sendiri, membaca majalah bawak sendiri atau tidurrr...
dan biasanya saya akan mengambil masa 15minit-20minit utk satu sesi macam ni.


taraa..alhamdulillah..ni la hasilnya..anda tahu, utk melancarkan susu spy keluar cpt, hati mst gembira kan..mungkin sbb sy gigih mengambil gambar sendiri dgn hati gembira maka susu sebanyak ini..yakah?

siap mengepam, boleh simpan shield dlm cooler bag dan boleh digunakan lagi utk sesi strusnya..xpyh basuh sbb sy malas susu ibu kan ada agen antibakteria :)


susu sy berganding bahu berposing bersama-sama shield sebelum berjiran di dalam cooler bag


sy tinggalkan je perkakas mengepam sy di dalam bilik ini sehingga sesi seterusnya..biasanya kat sekolah sy pam 2x..kalo ada gap 40minit pun sy sempat berlari-lari pergi mengepam tau! bila dah siap 2 sesi baru sy bwk khazanah-khazanah ni masuk semula ke dlm kereta.

nota jari : sy gigih!

Sunday, February 20, 2011

20.02.2011

yeah! ari ni 20.02.2011..damia lahir 20.09.2010 :)
rasa sangat cepat masa berlalu, pejam-celik-pejam-celik tapi kalo tidur pejam lambat nak celik damia dah masuk 5 bulan..rasa mcm baru je lagi damia lahir..semalam sy, en. hubby dan damia lalu depan hosp kajang, sy pun ckp kat damia "ingat x dulu kita masuk sini?eh, ingat x dulu mama masuk sini, pastu damia keluar sini?"hah, baru petanyaan yg tepat kan?

hmmm..damia skrg meniarap dah pandai nak angkat-angkat punggung. x lama lagi pandai la mengengsot..haih, jenuh la mama  ayah nak kejar damia nnt.

damia pandai jerit-jerit latihan vokal suka betul dia kalo dpt jerit kuat-kuat..pandai membebel, tangan pun dh pandai capai itu-ini. lepas ni kalau dia dah pandai mengengsot, alamatnya semua benda dlm rumah ni xkan berada pada kdudukan statik xprlu la mama mengemas kan..

kalau mandi, damia suka kocak-kocak air guna kaki, pastu mama marah senyum-senyum bila kena marah..sigh*

hah! anda tau kenapa sy cerita semua perkembangan damia? bukan apa, mana tahu satu ari nnt damia dan suaminya membaca entri ini, boleh la suami damia kata "oo..mcm tu awak umur 5bulan ye?"


anak mama tgh tidur..skrg ni habit dia tido meniarap mcm ni..

 seperti rakyat marhain berhijrah ke Malaysia kan?kuikuikui..


cepat besar anak mama..mama dan ayah sangat sayangkan damia dan adik2 damia ;p

nota jari : lovu u nur damia :) dan ayahnya..

Friday, February 18, 2011

sy seorang guru kelas

mari bercerita tentang kerja pula. oh tidak.tidak. ini bukan entri mengeluh..
sy suka jd cikgu tiap2 tahun dpt hadiah banyak. sy suka mengajar. sy tidak suka layan masalah disiplin pelajar. sy suka bercerita dengan pelajar. sy tidak suka pelajar tidak buat homework sy. sy suka pelajar banyak tanya soalan. sy xsuka pelajar buat-buat pandai. pendek kata sy suka kerja sy tp sy tidak suka kerja berulang-ulang.

anda tahu, menjadi guru kelas mmg memerlukan kita (wah, ganti kita sbb yg mnulis tu pun guru kelas juga) menjadi kerani serbaguna. siapa setuju angkat tangan? ada baaaaaaanyak borang perlu diisi. ok.setakat banyak borang sy xkisah la.tp setiap kali tu kena isi nama n details pelajar..details yg sama pulak tu. biasanya detail tersebut (tersebut?) nama, no daftar, no i/c, nama penjaga, alamat rumah nama awek dll.

contohnya (siap bagi contoh mcm mgajar dlm kelas kan) 
  1. buku register pelajar-hah, ni hampir setiap muka surat kena tulis nama pelajar. tulis tangan pulak tu. sy ada 41 pelajar. pulak tu xleh buat silap. asyik2 kena ingatkan buku register tu akan diaudit..minimakan kesalahan..jadi menulis buku register memerlukan masa yang lama la..campur konsentrasi dan ketelitian lagi kan..
  2. buku daftar sekolah-anda ingat x masa sekolah ada satu buku besar bagak  yg tebal. yg ni pun kena lengkapkan dgn details pelajar. juga bertulis!
  3. SMM- sistem maklumat murid..jenuh nak isi benda alah ni..kan bagus kalau boleh online dan terus send je..nk pulak kena kejar student yg xlengkap data..anda bayangkan sampai jenis darah, pengangkutan ke sekolah semua pun dia nak.
  4. sistem peperiksaan-again, masukkan nama n details pelajar
  5. borang check gigi la, borang suntikan HPV la, borang itu borang ini..
anda bayangkan berapa banyak masa yg diperlukan utk menulis satu persatu nama-nama tersebut, dan anda juga mesti tau trend menamakan anak dgn nama panjang2..haishh..buntang mata tengok nama-nama zaman sekarang.

ermm..atau adakah ini satu bentuk silent treatment utk para guru kelas menghafal ejaan nama pelajar?well, bila kita buat banyak-banyak kali kita mesti hafal kan?

ini buku register. kemas x tulisan sy? sy rasa buku ini perlu direview semula isi kandungannya..mungkin ada maklumat yg tidak perlu, cth umur pd 1Jan..hello, skrg bukan zaman siapa-tak-lulus-tak-naik-kelas. jadi semua pelajar dlm satu kelas tu sebaya kan.lgpun sy xnampak apa kegunaan maklumat ini.

sy mengambil masa 2 minggu nak siapkan benda ni..yalah, benda x boleh buat silap, sy memerlukan mood yg baik semasa menulis alasan! bukan apa, kalau buat terkejar-kejar, takut TERbuat salah kan?


borang SMM. borang yg penuh dgn maklumat pelajar dan sgt berguna utk mengkompletekan data mereka d mana-mana sahaja.
begini cadangan sy : anda rasa wajar x kalau sy mencadangkan agar diwujudkan satu jwtn khas data pelajar di sekolah? si pemegang jawatan ini yg tolong uruskan semua berkaitan data pelajar. data pelajar pula disimpan dlm sistem khas yg kalau diperlukan, boleh terus print saja. tidak perlu tulis-tulis tangan. jadi guru-guru kelas boleh tumpukan mengajar, mengutip yuran, menceriakan kelas dan sebagainya. what u say?



nota jari : tidak juga menyesal menjadi guru :)

happy birthday mak

rasa terhutang entry plak sbb ambik gambar2 ni dgn niat nk upload dlm blog sempena bday mak~13.02.2011

happy birthday dear beloved mak..kami sentiasa menyayangi kamu :)

mode sedih : sy lebih mengerti hati seorang ibu bila sy juga sudah punya gelaran itu..sungguh, seorang ibu akan sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri demi keselesaan anaknya..dan kerana itu juga sy smakin mengerti erti kecintaan seorang ibu terhadap anaknya..dan sy slalu membayangkan sy pasti tidak sekuat mak jika sy di tempatnya..bayangkan mak sy mlahirkan dan myusukan kami 7beradik, dan kini 2 anak mak sudah mendahuluinya menemui Tuhan..mak mmg seorg yg tabah! (ok,sbnrnya kalo tanda seru tu xde pun xpe kan?)

tukar mood gembira : ini gambar kami bertiga berguling-guling di atas katil sblum keluar mkn beramai2..nasib baik damia sporting nak tgk kamera kan ;) anda lihat pipi sy smakin berisi kah? itu tandanya kawin ini seronok..cuba anda perhatikan pipi en.hubby sy juga..juga semakin tembam kan?ahaha..ini kes xmau kalah!

ayah n mama damia : kami sudah bersama sejak hampir 7 tahun yg lepas..phewww..kalau masa tu da kawin, anak dh nk skola kan?

damia dah pandai tgk kamera kalo ambik gambar. kisahnya dh slalu sgt exposed dgn kamera mama comel suka bergambar ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi di pinggan ayah (damia belum boleh makan lg, pinggan ayah jd mangsa ;p)

 acara makan-makan..ini gambar makanan..jadi thumb up tu bukan mkanan la ye..sekadar hiasan..


damia sbnrnya sudah mengantuk tp dipaksa bjalan..haishh..


damia akhirnya tertido di pangkuan ayah.oh.tgn ayah xcukup empuk yang..

 maksu najwa. sampai tertoleh toleh abg baju kuning tu nk interprem dlm kamera sy juga kan?tangan yg terjulur tu tangan en hubby ambil lauk. dia yg xsabar atau sy yg xpandai ambil gambar?

lepas dh balik rumah baru sy perasan yg sy x ambil pun gambar bday mommy..hehe..alkisah mak-anak-satu tu sibuk makan jaga anak. yakah?
tapi tidak mengapa kan..kerana gambar mak sentiasa d hati kami semua :)


nota jari : i love u more and more

Wednesday, February 16, 2011

sediakan payung sebelum hujan

sy memang bukan seorang yg pandai dlm membuat bdget bulanan..hehe..wlupun sy seorang guru math, sy x pro nk membhagi-bhagikan income bulanan sy kpd pecahan2 wajar dan x wajar atau nombor bercampur dan sebagainya..alkisah nk gtau sbnrnya khendak sy baaaaaanyak..kalo buat bdget susah nk capai khendak! kikiki~mana pulak nk myimpan ye dak?

betul sy akn pening kpla kalo buat bdget..yela..katakan sy letak bdget utk minyak n tol RM 300 sebulan (katakan saja ye) then tetibe bulan tu sy meroyan hentak hentak kaki nk balik kampung 2,3 kali..adakah sy perlu mendenda diri sendiri krn melanggar budget yg dibuat?oho.dan sy xmo la kalo terrrindu nk balik kg tetibe xleh balik sbb xmasuk bdget bulanan kan..jadi sy slalu buat agak2 je dlm kpla..agak2 cukup shingga hujung bulan, sy ikutkan je hati sy ni..

sungguh tidak kurang berdisiplin kan sy? jadi sbg backup singer plan, sy buat begini utk masa depan..

kami (read : suami isteri ) sudah ada plan persaraan..ops..bukan bersara awal ye..plan kewangan lepas bersara la! terkejut akak tu kata plan persaraan..kami berdua mengambil insuran+tabungan sejak beberapa tahun lepas (again, sebut beberapa sbb xingat tahun sbnar ;p) which is sebulan setiap dari kami perlu membayar RM150 dan bila smpai tempoh matang a.k.a 56tahun, kami boleh keluarkan RM 90k++..hoho..nak buat apa duit tu?belum fikir lagi..tp sy percaya, dgn duit macam-macam boleh buat kan?

kami juga mengambil plan pendidikan utk nur damia..setiap bulan perlu bayar RM100 dan smpai tempoh matangnya a.k.a 23tahun, boleh keluarkan RM23k++ jadi dgn plan ini sy berharap damia tidak perlu meminjam PTPTN atau yg seangkatan dgnnya masa damia nak masuk u nnt..wlupun sy bukan peminjam PTPTN, sy tau susah dan liatnya mahu membayar hutang PTPTN bukan?perghh..anda nampak x betapa empatinya sy? ;p

plan-plan yg kami ambil ni skali dgn perlindungan insurannya~tp minimum la sbb kami lebih kpd simpanan..dan sy fikir ianya tidak mengapa krn sy kan government servant..hosp kerajaan always welcomed me kan?xpe..sy bukan org yg cerewet tentang layanan, mkanan dan sbagainya..saya juga ada banyak pengalaman peribadi ttg kepentingan insuran ini..

hm..beginilah sy..yg susah nak myimpan duit tunai setiap bulan..maklumla..kalo ada duit dlm tangan sy rasa gatal-gatal nak habiskan..ada juga menyimpan sedikit sedikit lama lama jadi bukit, tp sy lebih suka juga cara di atas..sy juga sedang menimbang2kan backup backup plan yg lain..what say u?

oho. sy bukan agen insuran ye..cuma nasihat sy, kalo anda terfikir utk menbeli insuran, baik mulakan cepat dan ambil la dr org yg senang anda berurusan dan yg paling penting sangat anda percayai! selamat..selamat..


nota jari : slip gaji masih bersih dari potongan yg tidak sepatutnya..Alhamdulillah..

Friday, February 11, 2011

breastmilk world 1

ibuk ibuk bapak bapak siapa yang punya anak...eh..TERmyanyi plak~
hoho..ibu ibu dan bakal ibu sekalian, mari kita bljr cara penyimpanan n pengendalian susu ibu nak? ok2, tp perlu diingatkan semua mklumat ni brdasarkan pembacaan si mama comel la ye..sbrg kemusykilan sila la brhubung dgn mana2 lactation caunsellor di nombor yg sy pun xtau ;p hoho again?

ISTILAH SUSU IBU
EBM= Expressed Breast Milk a.k.a susu ibu yg diperah
Frozen EBM = susu perahan yg disimpan dlm tpt sejukbeku dlm peti ais, sama ada rumah sendiri atau rumah org lain
Fresh EBM = susu asli segarrrrr dr ladang..ekekkeke..mksudnya baru perah la tu ;p
Chilled EBM = susu perahan yg simpan dlm peti ais, tp kat bwh je..bukan kat tpt sejuk beku tu ye..

PENYIMPANAN SUSU IBU
Tempoh ketahanan susuibu sbnrnya brgantung kpd suhu peti sejuk..jadi pastikan peti sejuk anda tidak mengalami mslh weng-weng yg-kejap-sejuk-kejap-tak ye..

Peti Ais Satu Pintu
bhagian bwh : dlm 2-3ari je
bhagian beku : 2minggu

Peti Ais Dua Pintu
bhagian bwh : up to 5days
bhagian beku : 3bulan

Deep Freezer (peti sejuk aiskrim tu...)
6bulan

tips mama : elakkan letak susu brhampiran pintu..sbb bile kite bukak pintu peti, susu akn drop..bhgian tu suhu xstabil..so biasakan letak susu bhagian dalam2 skit ye..

susu yg kita cairkan, mst dihabiskan dlm masa 24jam. once da cairkan, xleh bekukan semula tau! cubit nanti.
susu yg kita da pnskan, seeloknya hbiskan dlm masa 1-2jam. once da pnskan, xleh msuk peti semula ye ibu ibu..

PENGENDALIAN SUSU IBU

  • sblm mgepam, pastikan semua peralatan bersih ye..
  • lepas mgepam, kalo malas nk basuh alat2 tu terus, leh simpan dlm petisejuk..susu ibu ada agen antibakteria selama 24jam..so xbasuh pun xpe..mana tau malas xsempat basuh ;p
  • jgn lupa label tarikh pd bekas simpanan..jgn tangguh2 kang lupa..oh ibu2 mmg ada sindrom pelupa tau!
  • kalo nk bekukan EBM, jgn penuhkan smp penutup bekas..cikgu sains kata masa proses penyejukbekuan, proses pengembangan juga akan brlaku..bg space sikit la ye..
  • utk cairkan frozen EBM, boleh turunkan ke bhagian bwh peti sejuk malam sblm nak pakai tu..kalo rasa lambat nk cair, leh rendam dlm air tp still di dlm peti sejuk ye..jgn rendam air panas
  • bila kita simpan susu dlm peti, susu memang akn membentuk 2lapisan, satu lapisan air n satu lagi lapisan lemak. jgn pulak ingat susu tu da basi n buang ye..sayang oo..kalo nk pkai susu tu, JGN GONCANG! goyang2kan manja je botol tu smp lemak2 tu larut semula.
  • frozen EBM mmg akn sedikit berbau..tp x bermakna susu tu dh x elok..so kalo nk bg anak minum, try rasa sikit dulu..insyaAllah kalo pengendalian kita betul, susuibu susah nak rosak :)
ibu-ibu, mama-mama, ummi-ummi..
  • penyusuan susu ibu ni sbnrnya komitmen kita..mst ada tekad dan kesungguhan utk menjayakannya
  • mesti sntiasa positif bhw susu kita mmg cukup utk anak kita. cuba utk tidak membeli FM wlupun konon2 utk tujuan kcemasan
  • konsep penyusuan 'demand n supply' means kita mst sentiasa bg signal pd otak yg kita perlukan susu yg banyak..hah, aunty tu tanya cmne nk bg signal?mcm bg signal keretakah? oh, caranya ialah dgn mngosongkan breast. sama ada dgn direct feeding atau pump. bile breast kosong, otak akn dpt sms utk hasilkan susu yg baru lagi :)
yg terfikir stakat ni tu je la..smoga berjumpa lg d lain siaran..kalau ada tambahan sy post yg lain k..

nota jari : happy breastfeeding kawan-kawan :)

Wednesday, February 9, 2011

cuti kami

sebenarnya sy cuba mengapdet blog ni ptg td..tp masa sy tgh upload gambo yg baanyakkk ni si kenit sy sudah berbunyi2 buat muka mgantuk mcm alarm clock kan.. sbbnye waktu ptg mmg timing kami berdua tdo berpeluk2kan..sy pula dhla masa tu baru lpas mkn nasi..

hah, korang kata sy buang tebiat mkn nasi kul 4.30ptg kan..sy xsempat mkn lunch ari ni tau cubaan bela diri ari ni sy mkn kul 8pg je..balik dr skola mmg perut sgt berkeroncong lagu dangdut eh, lagu dangdut tu kategori keroncong ke? so balik rumah baru sempat tanak nasi n goreng ayam..nampak ciri2 mithali sy x? ;p padahal goreng utk perut sndiri kan..[mode geleng2 kpla..]

emmm..nk cite aktiviti spnjg cuti CNY..tp xde spesifik aktiviti pun..balik umah MIL, paksa ajak en hubby brjalan2..sabtu pegi piknik teluk batik..aiyo..makcik-anak-satu-xbole-mandi ;p tu je la..

saya kami suka bergambar dlm kete~ni gambo kami bertiga-tigaan dgn baju sedondon..weeee..[perlukah sound effect ini?] OTW balik ipoh..

en hubby menutup gate (anda nampakkan dia sedang menutup gate rumah?), isteri dan anaknya main snap picture..en. hubby gigit jari krn diketepikan dr sesi bergambar comel nasib baik dia tidak menghalau sy keluar kereta dan beliau pulang kampung sendirian..fuhh..

anda tahu kan sy sedang gila menangkap gambar sdg bf damia?sy syok sendiri tangkap gambar sendiri..auuu..

jumaat, sy paksa en hubby bwk sy dan damia melwt skolah lamanya..ha3, sje nk bg en. hubby mgenang kisah cinta silam..patriotik kan sy..dhla tiap ari mmg g skolah, cuti2 pun nk mlawat skolah ;p sy mmg suka aktiviti melawat skolah ni..sy suka mgenang zaman prcintaan prsekolahan sy tp skolah sy sgt jauh, pening kpla en. hubby nk layan kalo sy meroyan nk g mlwt skolah lama sy kan?

anda nampak en. hubby sedang mgenang kisah lamakah? ke dia sedang mgenang aweks lama?

damia pun bolayann ngn skolah ayahnya.."lg syok tido mama"
ok. sy tipu. damia blum boleh cakap mcm tu ;p

err..smbil2 en. hubby mgenang awek2 lama tu, sy snap pict ni..
ok, soalan sy ialah agak2 kalo sy x kawin dgn ayah damia, damia akan jd anak siapa? anak sykah? anak en. hubby kah? mungkin juga anak orang lain kan?




sabtu, kami bramai2 membuat rombongan cik kiah ke teluk batik..
anda tengok ye..ni psgn paksu n maksu kami~baru kawin disember lepas..sungguh romantis kan? err, apakah maksud tersirat persoalan ini?

baby kecik ni sepupu ayah damia..mksudnya pakcik kpd damia..sigh* kesian damia terpaksa berkwn dgn pkcik-mkcik kan?

ini mama yg comel dan anak daranya. anda tahu, sy masih rasa xpercaya yg sy sudah menjadi seorang ibu..bajet masih belasan tahun kan..

en. hubby sy brangan spt bersantai2 d atas katil..opps..lama xbersantai atas katil ye b?

damia banyak ikut wajah siapa?

sy snap gambo comel ni semata2 utk join praduan bf in public utk member2 KIM..wah, gigih sy kan padahal xpenah menang peraduan pun..muka xde ong!


ini gambar keluarga besar kami..
cuba anda perhatikan psgn pngantin baru d blakang sy dan pengantin lama (kami la tu)..sigh**memula kawin amek gambar rapat2 kan..da stahun kawin mak aih jauhnyaaaa..mentang2 sy sudah beranak satu..mode tekup-muka-tidak-percaya..

OTW pulang, sy snap pict ni..sgt suka :) sedangkan burung2 dan lembu2 ini boleh berkongsi kwsn mencari mkn, kita ni slalu tamak sorang2 kan..

ok..ok..sy tau gambar ini tidak terlibat dgn aktiviti percutian kami..sy saja letak gambr EBM sy..sungguh tidak mithali kan sy..mknn anak je yg ada? mknn suami? mode : suami geleng2 kepala..isk..isk..isk..



nota jari : anda perasan x entri ini penuh dengan persoalan dan perkataan 'kan'? kan?