Sunday, January 30, 2011

si hidung belang

sudah berhari2 dua hari hujan x brenti kan..aiseh, kesan jgka pendeknya ialah en. hubby dan anak daranya dijangkiti seme seme..pe mende tu? selesema la..ooo...


dan sy dgn kompidennya meminta petua dgn kwn2 KIM,[thanx korg..] cmne nk ilangkan lendir err..sebut ingus kang cam geli lak dlm idung si tenit tu...

dan jwpnnya ialahh....jeng..jeng..jeng.. mcm who wants to be a millionaire plak ;p  kunyit hidup!

ye puan2..ini bukan rancangan masakan ye..sila jgn betulkan ariel TV anda..eh ada lg ke org pakai ariel skrg?bukan sume org da pkai astro?


sy pun tumbuk kunyit dan tenyehkan pada idung si tenit..err..skali anak itu bangun dan menggoyang2kan kplanya..haishh..habis syomot tilam yg mmg dh sedia comot pun.. biru tenit tu..patutnya letak skit2 je..mama g tonyoh eh tonyoh ke tenyeh? tu sape suruh?

hambik gambo si tenit..
jejaka2 di luar sana, sy bukan si hidung belang..sila marah mama sy ok..
sy tetap comel wlupun berhidung kuning sebegini..sila jeles ok..

mama, bukan ke letak kat idung je?knp smp kena pipi ni?
hah!yg tu marah siri sendiri..sape suruh pusing2 masa mama tepek..kan dh syomot..ingat comel ke?

nota jari : mau tepek bapaknya juga yg sama2 slesema..boleh?

Friday, January 28, 2011

hapdet..

naaa..sy menghapdet blog dr umah parents sy d johor..lamanya rasa x balik johor..since november lpas rasanya..wa...ptutla rindu.. anak tecik tgh tdo berguling2 dgn ayahnya..

mggu depan cuti sminggu..yeay! damia pun bergumbira xpyh pegi skolah..leh la bermanja2an dgn mamanya 24jam..its the time to bully mama.hey!

tetibe rasa meroyan nk deep freezer status ini sudah ditepek pd fesbuk n KIM ;p otak tgh pk2 utk survey DF..en. hubby pun da tanya2 betul ke nk beli..wawawa..kalo en. hubby nk belikan i rela je..kuikuikui tgh kira budget ni..sure x nyesal sbb leh simpan lbh baaaaaaaaaaaanyak susu! 6 bulan plak tu..haishhh..

badan makin naik! alamak...ada la sorg dua akak2 kat skolah tu da tegur "mmg berisi ke ada isi ni?" jeng..jeng..jeng..cmne nk jwp ni.. "err..err..mmg berisi kak.." smbil tersenyum kaver pipi tembam ;p ada isi?kwang..kwang..tggu la lama sikit k..damia pun xmo jadi kaklong lg..hehe..pantang ayah dekat ngn mama mulala dia mrengek sama nk mama layan dia..aik..tecik2 suda pandai?

jadi adakah sy risau dgn kenaikan badan?oh tidak..sbb sy tau sy sdg myusukan damia, xleh cut calories..xpe..demi anak bucuk cayang tu..mama rela apa je asalkan damia dpt yg terbaik..jauh mana la nk jaga kecantikan tu..smuanya akn pudar dek masa pasti! tapi antibodi, kesihatan n kekuatan mental damia akan kekal selamanya..

sy tgh pk nak buat apa cuti ni..hey mama, rumah dh lama xbrkemas! maklumla..mggu ni agak bz kat skolah..asyik stayback je..huhu..percayala..kalo mama mgemas rumah, masa duk depan fesbuk akan lebih lama..haishhhh....

nota jari : tdo hotel?

Tuesday, January 25, 2011

si kenit tiarap!!

haha..ari ini dlm sejarah..sbbnye anak mama dh pndai tiarap tanpa prtolongan org lain..
mama tadi dok ralit2 bukak fesbuk,si kenit plak baring sorg2 sblah mama ni..then tetibe dgr bunyi smcm je..tau2 si kenit sudah tiarap sendiri..wahh..anak tenit tiarap di usia 4bulan 5hari :)

jom tgk si kenit ni..
ok mama..see..ingat damia xpndai ke..

oh.mama nk snap la..cepat cenyum..

alamak..nape jari ni cam best plak..

hehehe..gelak lg kat mama..

wah.syok rupanya dpt tiarap ni kan..

adui mama.dh penat la..cmne nk pusing balik ni?
damia pndai tiarap xpandai pusing balik lagi..hehe..kena blaja lg k sayang :)


nota jari : seronok tgk prkembangan damia d depan mata :)

Sunday, January 23, 2011

en. hubby punya bday :)

ini en. hubby 
happy birthday to u..
happy birthday to u..
happy birthday to my hubby..
happy birthday to u..

jeng..jeng..jeng..en. hubby sy naik umur lg sila jgn berlagak muda ye.. lain la sy yg msih 26 25 tahun ni :)
tahun ni 2nd time celeb bday en. hubby as husband n wife..plus thun ni suda ada si kenit..wah, en hubby smbut 26th bday sbg bapak org ;p

maka hari ni sy pun memaksa mengajak en. hubby keluar brjalan2 bersama damia yg comey spt mamanya ;p

sian en. hubby, dhla bru smpai dr obersea ptg smlm..ari ni xkasi duk umah plak tu..ape punye bini la ni..
stlh sy mgeluarkan soalan cepucemas "kita nk kuar bjalan ke?" berkali2 sejak smlm, lalu en.hubby pun membawa kami ke midveli~

weee..jom tengok gambo..

tengok gamba buah hati sy..ini budak baru baik demam..

si kenit@4month, 3days
dh lama rasanya xmkn kat secret recipe..slalu bwk balik mkn kek aje..so ari ni decide celeb d sini :)

mari makan2
minum green apple dgn hrpn susu up ari ni..

ijau sy punya, htam en. hubby punya

ini utk perut sy

ini utk perut kami

ini utk perut en. hubby
my tomey2

en. hubby dan anaknya
 sy sgt suka sgt99 gambo ini..
small n happy2 family
cubaan mengambil gambo sndiri smbil bf damia~pasal tu muka masam da x tomei..ingatkan gambo ambik sendiri xjadi..keh3..
proud to be bf mommy
 ini anak kesayangan sy :)

sila kagum dgn mata sy

sooo good :)

maka dgn ini sy yg comey  ingin mendoakan smoga en. hubby sntiasa berbahagia dgn sy, panjang umur murah rezeki ayat stendet wish bday..smoga en. hubby sntiasa dlm perlindungan Allah hendaknya~thun depan celeb bday dgn tambahan sorg anak lg boleh?..eh..eh?

nota jari : u r such a great husband..i really love u dear :)

Friday, January 21, 2011

mari masuk kelas susu ibu~part 2

9 Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya...macam saya ;p

1. Timba ilmu sepanjang masa
Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. kalo xberniat, susah sket la..

Dalam masa yang sama, anda dan suami kalo org yg jaga kita time confinement ikut skali pun best digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah. xsempat plak g masa tu..timba ilmu dr internet je :)
Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca macam saya..eh.eh?bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.susuibu.com pun sangat banyak membantu..

Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.ibu2 berpengalaman pun bole..

2. Mulakan dengan betul
Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. xley rasa terbeban..hambik..sape suruh jadik mak org..Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.

Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukannya pada masa-masa yang diingini si manja.paling pnting utk 24jam pertama kelahiran~sgt xsuka ibu2 yg suh nurse jagakan anak spy ibu leh brehat..ibu tu tido lena, anak minum fm kat spital. benci! 

Sementara itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. nsib baik damia dulu xmo puting tu.. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. errr..tp nk anta g nursery kene ajar gak..huhuhu..Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu
Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya.teringat dlu trpaksa buang 20bekas x 2oz sbb refreeze susu. jahilnya rasa!   Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.
Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/ atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan
Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting.
Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja. bf mommy biasanya xde yg sombong :)  

5. Bincang dengan majikan
Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak. sedang diusahakan..


Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. sedang diusahakan juga..Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.

6. Perah susu di pejabat
Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. i really love my spectra3..hehe..  Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.
Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! betul..betul..betul..Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.
Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.

8. Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. ibu yg xmo bf sbb nk jaga bdn mmg ibu yg pentingkan diri! Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. sy mkn byk n kerap ;p Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.

9. Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.
Di rumah, gunakan masa yang ada semaksimum boleh dengan lebih kerap menyusukan bayi secara langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.kat umah kena pump gak utk buat stok..


nota jari : 2 bulan lg nk dpt anugerah gangsa susuibu..yeay!

Wednesday, January 19, 2011

E.N.T.A.H.L.A

xtau la nak susun ayat mcm mana..tp yg pasti entri ni ditulis utk mlepaskan rasa hati yg sgt geram.

ok. yela2. kamu je yg betul smuanya. smua yg sy buat smua salah. sy yg xpandai. kamu je yg pandai. kalo smua ksalahan brlaku smuanya salah sy. kamu mana pernah salah.

kita slalu geram sbb kita slalu membandingkan. 

sy cuba mnerima tp hati sy menidakkan.

nota jari : biarkan!

Tuesday, January 18, 2011

entri pnuh prkataan risau ;p

Suhu badan bayi saya telah meningkat ke paras yang amat tinggi. Adakah saya perlu risau? 

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 97.7 darjah F / 36.5 darjah C sehingga 100 darjah F / 37.8 darjah C. [tp nursery tu kata kalo lebih 36.5 mmg dorg akn call parents suh amek baby dorg..huhu] Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 100 darjah F / 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 101 darjah F / 38.2 darjah C pada waktu petang. [ok.kurang skit risau :) ]

Kenapa kita selalu demam? 

Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel “pembersih” dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman. 

Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari. 

Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak? 

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, [damia ttp aktif mcm biasa :) ] tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. 
Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari. 

Apa maksud kekejangan febril? 

Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera.

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya) Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda. 

Bagaimana saya boleh mengesan demam? 

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta. 

Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya? 

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan demam: 

• Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian. 

• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis
(jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam). 

• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya. 

• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. [ tiga prkataan terakhir ni mama xkan buat ;p ]Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan. 

• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa. 

Apa yang perlu saya elakkan? 

• Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik. 

• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair. 

Jangan risau sangat. [ok.tak risau ! ]Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera. [cpt sihat ye syg :) ]


nota jari : mama x risau lg :)

damia demam! :(

susah hati mama skrg..dhla en. hubby xde, damia plak demam..laaaa...time2 mcm ni la dugaan bertimpa2 [isk2 mama jgn mrungut..ada hikmahnya ni..]

sabtu~1st nite tanpa en. hubby, mama tdo dgn damia je kat umah..seram sejuk gak, tp buat2 xtau je..kunci pintu smua n pluk2 damia [hilang rasa serammm]..

ahad~2nd nite, en. hamizi dtg temankan..alhamdulillah..kurang skit risau..

pg isnin, kelam kabut gak nk myiapkan diri sndiri n myiapkan si kecik ke skolahnya..turun-naik-turun-naik tangga [mama leh kurus ni..heheh] mlm ahad tu dh siap2 msukkan brg dlm kete..yela, pling lmbt gerak ke skolah mst before 6.20am..then skrg ni subuh plak lambat..kul 6.05am bru msuk subuh..[solat subuh skrg dh siap dgn uniform ke skola..kwang3..]
sian si kecik kul 6.10am dh kene angkat msuk kete, g skolah..terpisat2 lg mata dia..mst dia pk, buang tebiat ke mama aku ni bwk aku msuk kete pg2 buta ;p

ptg isnin time ambik damia dr skolahnya, mama rasa pelik gak nape die x cergas mcm slalu..susu pun hbis 3 botol je..bygkan dr mama anta kul 6.10am smp 4pm tu, dia minum 3x je...huhuhu...ptg tu dok golek2 dgn dia, dh rasa cm bdn dia pns sikit..dlm hati punyala doa smoga x demam..risauuuuuuu tgkkan..
check suhu, dlm 36.5..hati dh x sedap ni..tp relax2 lg..susukan n tdokan dia..
mlm tu rasa mcm mkin pns..check suhu 37.1! mak aihhh..pnsnya..mama dh mgalir air mata..sdih btl tgk anak sakit..so mama pun buka smua bju [smalaman damia tdo tnpa baju], tepek cool fever [pndai plak si kenit ni bukak sndiri cool fever yg bertepek kat dahi dia..brtuah punya anak..] smbil tu lap2 gak bdn dia bg sjuk, biar suhu turun..

pg td check, suhu dh trun 34.4..memula ingat nk amek mc [sian cikgu xleh amek EL kan..tu la satu krugian jd cikgu..] tp suhu da ok [wlupun tgk dia still mcm lemah je] mama pun g skolah la..damia pun g skolah die..area 10.30am, staf nursery tu msg, damia demam lg! suhu 36.4..mama dh nangis kat skolah..sangatla risau, hati pun xtenang..mama minta tlg staf nursery tu lap2 bdn dia n tggu mama balik ptg..hari ni mama jd org prtama thumb out..tepat 2.30! hehe..blum habis budak kluar dr kwsn skolah, kete mama da slmt mluncur ats highway [kalo x cepat2 kuar, sure stuck jam dgn kete2 parents bagaiii..]

time amek damia, staf tu kata suhu da trun 36..kene usaha bg turun lg la..tp 36 tu kategori ok la..kalo g jmp doc pun, doc akn ckp xdemam..so no point la jmp doc kan..
ptg ni mama msg pngetua minta crk utk esok..hati x sedap nk tgglkan damia..alhamdulillah..crk diluluskan..maka esok mama akan bercuti! plus cuti thaipusam hari khamis, mama leh la cuti 2 ari..alhamdulillah..leh la jaga damia..smoga damia sihat esok..oh ye, last check duhu ptg td, da trun ke 35.7..cepat sihat syg mama..jgn buat mama risau k :)

nota jari : mama menulis di kala damia sdg tdo d atas..masih tanpa baju!

Saturday, January 15, 2011

entri gundah gulana

12am~16.01.11 [menurut jam rumah kami..jam kat blog ni kekadang xley pkai]

...........
................
....................
hati sy sgt xtenang..sbb belum dpt dgr lgsung kbr si dia yg jauh d mata tu..
dh lebey 24hours ni tanpa kbr brita..
smlm dia fly kol 6pm ke bangkok, then 6am pg td ke turkmenistan, tukar flight ke mana lg ntah [mls nk hafal nama tpt tu..]
sy tau...satu prjalanan yg cukup pnjg..xtau dh smpai ke x..msg pun asyik fail je..huhuhuhuhu..hati sy sgt gundah gulana..
ari tu jnji kalo de akses internet nk kontek..tp ni x kontek2 lg..mst blum jumpa sbarang akses..
............
.................
.......................
Tuhan, tenangkan hati sy..sbb sy sgt9 rindukannya...

nota jari : :(

Friday, January 14, 2011

to my soul~

post dedicated to my pengarang jiwa~muhamad fathi syafiq~di saat sy sdg sgt2 mrindui dirinya sedang dia dlm prjalanan ke Turkmenistan..oh.sy mmg sgt2 memerlukannya..
*sedetik lebih~anuar zain*

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

nota jari : terngiang2 di telinga..

Thursday, January 13, 2011

permulaan sesi yg hebat!

fuhhhh..fuhhh...[aksi meniup habuk]
oh..sgt sibuk awal2 sesi prsekolahan ni..n sy sdg myesuaikan diri dgn jdual bru sbg super mommy yg bkerjaya..yeah!
sy sgt brsmangat mmasuki sesi prskolahan bru ni...sebabnya??ada baaaaaaaanyak sebab :)
  1. prtukaran pmerintahan~pngetua sy sudah brtukar org..so far yg bru ni nampak agak ok..erm..spnjg pmerhatian sy melalui mata yg tidak brkacamata ini..pngetua bru[sy namakan sbg Pn.Z~wahhh mcm rahsia je ;p] sgt mnjaga kbajikan guru2..i likeeeeee...ada sorg member anak die warded hosp serdang n trpaksa amek CSG..tup2 last wkend Pn. Z dtg mlawat anak die kat wad..tacing..tacing..jauh tu nak ke srdang..then dlm minggu ni gak Pn. Z ada la buat lwtn smbil blaja ke opis kami [opis ke?] smbil2 tanya2 pe bnd yg kami prlukan utk mnambahkan kselesaan kami utk bkerja..amek sikit ayat Pn. Z "langsir nak tukar baru x?" perghhhh..suka..suka....
  2. Pn. H akan bertukar!wahhhhh...yg ni ibarat menang loteri!dan sy brharap ianya bukan hanya mimpi d siang hari..dgr cite, esok last day Pn. H kat opis..haisshhh..sy msih mngingati ayatnya suatu masa dulu "abg eksiden pun nk mnangis?" dan....oh.sy akan mrindui encik harimau yg duduk  dlm kete WTD60 tu ok..x sabar mnunggu hari esok :)
  3. subjek sy dikurangkan! memula dpt math f1, moral f4 n sivik f2..nxt week ada prtukaran jdual n sivik sy sudah ditarik barik..yeay!!!sy suka sbb sy xreti ajar sivik dgn kaedah pedagogi yg sesuai [kat u xde blaja pun..]..sy juga sgt suka ajar bebudak f1 ni..mereka sgt menggembirakan n sy leh jd kanak2 spt mereka :) sy juga prlu garang2 spy mreka smua hormat sy [hormat ye..bukan takut ;p]
  4. sy guru pnyelaras f1..thun ni mcm xpening sgt nk arrange kelas ;p dh de pngalaman kot..sy juga guru kelas 1A..suke dpt kelas depan..xsusah nk kutip yuran n xsusah nk kutip sgala mcm borang..budak pandai katakan..skali ckp leh faham :)
panjang kata..sy skrg sgt gmbira!smoga kgembiraan ini tidak akn trcalar spnjg 2011 :)

nota jari : semangat!

Sunday, January 9, 2011

mari msuk kelas susu ibu~part 1[damia bwk susu ke skola]

eh.eh.part 1?ada part 2 ke pasni?haha..kalo ade ilmu, ada la part2 strusnya ye..
ok kawan2..mari kita blajar mcm mana mama bekalkan susu damia ke sekolah..smoga entri ni boleh jd pnduan utk mommy2 yg lain :)

scr basicnye, dlm fridge mama ada 2jenis susu..yg bahagian atas, frozen EBM, ley tahan smp 3bulan insyaAllah..letak tarikh siap2 spy kita leh guna ikut yg mana dulu kita simpan..kiranya konsep 1st in,1st out..ini utk mengelakkan ada EBM yg trlpas tarikh luputnya..kan da rugi..setitik susu ibu ibarat sekilo emas tau [eh ada ke prumpamaan tu?]

bhagian kdua bhagian fresh EBM..kat bwh je..fresh EBM ni leh tahan up to 5days tanpa dibekukan..yg ni mama start simpan wkend..kiranya kalo pam ari sbtu n ahad,mama x frozenkan trus..letak bwh je dlu..
meh review pics skettt..
**ini adalah stok fresh EBM**
ok.khatam bhagian pnyimpanan..msuk bab lain plak ;p tiap mlm, mama akan turunkan bbrapa bekas frozen utk dicairkan n digunakan keesokan harinya..
**frozen yg mlalui proses pncairan**


setiap ari,mama bekalkan 6botol [tiap satu isi dlm 3.5oz] ke skolah damia..biasanya damia consume 4 botol je smp mama ambik dia area 4pm..saja bg lbey tkut mama trlmbat ambik dia..
botol2 ni kena labelkan dr 1-6..mksudnya damia kene consume ikut nomborla..yg frozen mama letak no.1 [dan no.2 kalo ada 2btol frozen] sbb frozen EBM, once kita dh cairkan, kene guna within 24 hours n xley frozenkan balik! take note murid2! ;p if kita letak frozen tu no.5 atau no.6, ada kmungkinan si kenit x habis minum,xley nk simpan dh frozen tu..[err..faham ke cikgu trgkan ni?] nombor2 strusnya utk fresh EBM ye..

pas dh nomborkan botol2 tu, leh la susun dlm cooling bag bserta ice pack scukupnya..beg ni bole brperanan sbg fridge brgerak kita..so xyah la staf nursery tu transfer susu2 ni msuk fridge dia plak..
**susu2 yg tersusun[wlupun xsusun sgt;p] dlm cooling bag**
**pandangan atas**
ok murid2, si kenit da ready nk ke skola..mama2 skalian jgn lupa plak warmernya..kalo nk men rendam2 air suam pon bole..tp cam myusahkan org tu je..so mama bg je warmer sebijik kat nursery tu..

**little bean bukan mr.bean**
spt kata pepatah [eh apa pepatah pulak daa..] spt mama kata td, damia biasanya consume 4botol je..so biasanya botol ke5 n ke6 tu mama akn rotate utk ari strusnya [sbg botol no.2&no.3] kan yg tu tadi fresh EBM, blum penah dibekukan so leh pkai lg..
smua fresh EBM yg x habis ari jumaat [plus yg pump jumaat] akan mama simpan sbg frozen EBM~maknenye..frozen stock mama dh rotate la..yg lama dh kuar, yg baru plak ambik alih..maka dgn ini, stok sntiasa ada n x trlpas tarikh luput..

faham smua? [act cikgu xley tanya ayat ni sbb jwpn student kompem pahammmmm cikgu!] kalo ada soalan sile angkat tangan ye ;p

nota jari : pnuh fridge dgn susu je, thanx GOD my hubby is soooooooo supportive! love u cyg :)

Monday, January 3, 2011

mama tidak risau lagi :)

:) :) mama mnulis entri ini dgn hati yg sgt riang lagi gumbira [seperti kanak2 ribena..]  yeay!
sebabnya....
sebabnya....
SUSU MAMA BANYAK HARI NI...hihi..
meh kita review skit~ari ni mama pam 4x..1st subuh2 buta..kol 5am mama bgun pam [mst korg tgh membuta lg masa tu] time ni dpt 2.5oz je..xpela..mama ok je sbbnye spnjg mlm mmg damia nyut2 je..x ambik gambo pun production tu..lgpon duk trkejar2 nk mandi n brsiap plak g skolah..haishhh..1st day,smangat!smangat!

2nd time pump kat skola..mama curi2 pam kat meja..skali trkantoi plak ngan ustaz..alahaiiiiii..nsib baik la ustaz tu sporting n trus blah dr tpt duduk mama..xpe,ustaz pun faham...asalkan x terdedah yg hape2 sudahla yek..
kat skola ni mama dpt 5oz..single pumping je sbb xbiasa lg [1st time pump kat skolah hokey..] nnt kalo da terer bru mama buat double pumping kat skola..

**ok,fokus sket pd yg dlm plastik tu..ha..yg tu la production mama kat skola td**
then, balik umah, smp dlm kol 3.30pm, mama pam lg..nsib baik ada en.hubby yg syok brcuti tu tlg tgk2 damia smentara mama buat projek tenusu..hm..kali ni dpt brapa?korang tgk la sendiri..
**taraaa...ada 9oz ni..suke..suke..**
last, mama pam 10pm..hasilnya...
**6.5oz**
ok murid2..cikgu matematik nk ajar mengira...2.5 campur 5 brapa??apa?7.5??pandai...pastu kita tambah lagi 9 jadi brapa?16.5..bijak..bijak..pastu campur lg 6.5 brapa smuanya?? 23 cikgu!!!
oho..total hasil tenusu mama ari ni 23oz..alhamdulillah..alhamdulillah..

sbnrnya mama td kat skola risau sbb tetibe time prhimpunan, gpk ko-k tu announce yg prjumpaan prsatuan akan start esok..mknanya mama kena stayback smp kol 4..then tingtongtingtong drive smp umah sure kol 5 camtu..mksudnya extra hour damia duk skolahnya,susu pun msti extra..spnjg prhimpunan mama duk pk,dpt ke mama supply susu lebey sok..so alhamdulillah..melihat production ari ni, mama leh supply 7botol utk damia sok!!yeyea!!mama x risau lagi :)

nota jari : sntiasa yakin susu kita cukup utk anak kita :)

Saturday, January 1, 2011

kenapa sy memilih utk bf?

mama slalu je pk benda ni utk menguatkan smgt n m'halau encik M yg asyik2 dtg tnpa diundang bile nk pump susu..mana tau damia nnt besar godek2 blog ntahapeape mama ni,mama nak gak dia fhm pe yg mama buat utknya masa dia kecik..ok.antara sebab2nya ialah [oho.ayat jd terskema plak] ;p

1. khasiat susu ibu yg sgt9 la baik~smua org pun tau,xyah mama nk explain komposisi susu ibu lg kan..tanya la sape pun, antara breastmilk(bm) n formula milk(fm) mana lg elok?aisehmen...even tokey dutchlady ke,nespray ke,mamilgold ke..mst smua akn ckp bm laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi elok..tnjuk skit org yg brani kata fm lg elok? meh ku luku2 kpla dia yg myebarkan fakta palsu nih! [tp ofkos la tokey2 ni akn putar belit dr segi masa la,ibu bkrja la..kalo x mana laku product dorg kan..kan..]

2. sebab mama saaaaaaaaaaaangat suka satu psaan yg indah bila dpt susukan damia :) lg2 kalo direct feeding [feel btol jd mommy ni] mlihat damia membesar sihat n sgt aktif, dr sekecik 2.6kg smpai skrg ni 5.2kg[dgn meminum susu mama SHJ!] i feel so PROUD!! tenung wajah damia n bila tgk damia trsenyum, hati mama sgt gembira sbb mama tau mama dh bg yg terbaik utk damia..yeay!

3. mama menjimatkan duit en.hubby [naaaa...kalo en.hubby mmbaca part ni mst dia laaaaagi syg kat mama kan..hihihi]~err..xpenah beli fm,xtau hrga fm brapa.ok.katakan dlm sbulan prlu bajet RM150 utk susu..kalo dua bulan?tiga bulan? pe akn jd kalo tetibe bulan tu short plak bajet..kalo duk brdua dgn en.hubby je leh la msing2 ikat perut mkn megi kari, tp skrg xkn la dgn anak2 skali suh mkn megi kan..kan..

4. hati mama mmg memilih utk bf..alhamdulillah Allah memberi passion ini n mama sgt suka! xkisahla mama convince mcm mana pun, kalo seseorg tu x mmilih utk bf anaknya,mama xleh la nk pksa kan..
**si kenit pnguat smgt mama**




nota jari : hendak seribu daya :)