sebulan tak update!
ada ke yang rendu?ngehngehngeh...
alhamdulillah,saya sudah masuk minggu ke 13.
tapi alahan ni masih belum hilang.
alahan kali ni lebih teruk dari mengandungkan kakak damia dulu.
muntah-muntah gak, tapi bukan hari-hari la.
tapi kali ni sy memang flat tak boleh nak makan bila waktu malam.
kalau makan lagi rasa nak muntah.
jadi baik saya tak payah makan kan..
tapi bila tak makan,perut jadi masuk angin pulak.
kalau siang boleh makan lagi.
tapi taula makanan kat kantin tu..
huuuuuuuuu..hari-hari saya rasa nak nangis tengok makanan kat kantin :(
sy masih mengidam masakan mak saya..hehe..
air tangan mak memang berhantu walaupun kita dah jadi mak orang kan.
dulu masa mengandung damia saya nak sangat makan soto yang mak saya masak.
haaa..kali ni saya teringin sangat ketam masak lemak air tangan mak jugak :)
tak mau yang orang lain masak.
wiu wiu..kenala encik suami bawak saya balik johor.
demi anak dia jugak kan ;p
mengidam nak makan cheese tart, nak makan tako tao yang macam kat midvalley tu.
kali ni senang sikit kot, bila sekali sy dapat makan apa yang saya idam-idamkan sangat tu, second time dah tak selera dah.
hihi..rasa mcm kelakar je pregnancy kali ni.
tapi kali ni berat badan tak naik langsung.
sebelum mengandung berat saya dalam 48k-49kg.
ada sekali tu kami salah makan, seharian sy muntah-muntah dan tak makan langsung.
terus berat badan turun ke 47kg.
beberapa minggu kemudian dah naik semula dan statik je kat 48kg.
huhuhuhu..nak buat macam mana..
saya memang tak lalu nak makan..
sabar je la ek adik..
nanti mama dah ada selera nak makan, mama makan banyak-banyak ye..
~my jOurnEy~
**gula,garam,kopi dan limau dalam kehidupanku**
Saturday, May 12, 2012
Wednesday, April 11, 2012
nursing while pregnant
assalamualaikum wbt :)
saya berjanji utk menulis tentang breastfeeding during pregnancy kan.
hehe..tipu je kalau sepanjang ni saya study je kan.
saya melepek baring je sebenarnya *cover muka maluu*
okey,saya bagi link kalau anda mahu membaca.
boleh baca di sini http://www.diyaluna.com/diary/2009/05/28/nursing-while-pregnant/
yang ni link kak sue, kaunselor laktasi.
mana tau anda tak percaya pada saya kan..hihihi..
ni pulak link kak farah, juga seorang kaunselor laktasi :)
http://www.sarakids.com/blog/?p=3743
kesimpulan melalui pembacaan *hah,xde mukaddimah, takde perkembangan cerita bagai dan dan terus ke konklusi kan?*
1. menyusukan semasa mengandung adalah SELAMAT jika anda tiada sejarah keguguran dan kelahiran pramatang. kalau pernah ada sejarah-sejarah ini, sila minta pandangan doktor anda okey :)
2. mungkin rasa tak selesa since nipple menjadi sangat sensitif semasa mengandung-yang ni saya belum rasa-masih rasa biasa-
3. kepenatan melampau-menjawab mengapa saya masuk tidur jam 9 malam setiap hari..kihkihkih-bela diri nampak-tapi semangat saya untuk menyusukan damia melebihi segalanya :) *walaupun terpaksa mengorbankan kebersihan rumah dan dapur..hehe..
4. mild-contraction yang dirasai-ala-ala sakit perut dalam kes saya tak cukup kuat untuk menjadi penyebab keguguran. jangan risau. tapi kalau sakit melampau, wajar risau la kan :)
5. jangan risau baby yang dikandung tidak cukup zat. badan kita sangat bijak. walaupun kita mengandung dan masih menyusukan si abg/si kakak, badan akan memberi keutamaan kepada baby dalam kandungan. jadi, mommies yang akan kekurangan zat. maka haruslah makan dengan betul untuk cover balik zat-zat yang diambil tu kan. err..tapi kalau tak lalu makan macam saya macam mana ya? *saya berjanji akan pulun makan bila selera saya kembali-sengih-sengih*
6. penyusuan toddler-dalam kes saya kakak damia dah berusia 1tahun 6 bulan hanyalah untuk bonding sahaja. kakak damia tidak bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. zat-zat untuk pembesarannya datang dari makanan. susu hanyalah pelengkap :) saya tahu kakak damia mula rasa terpinggir sejak saya melepek je ni. dia lagi ligat menagih perhatian, menyepahkan seluruh rumah dan mahu menyusu sepanjang malam. hoho..kali ni rasa kesian dengan dia. takpe kakak, kejap je, nanti kakak dah ada kawan bermain, mesti kakak dah happy :)
7. amaun susu mungkin akan mula berkurang bila memasuki trimester kedua *eh, kenapa saya dah mula kurang sejak awal?emosi agaknya kan?* jadi toddler seperti kakak damia mungkin boleh diberi freshmilk jika perlu :)
8. susu akan berubah komposisi-menjadi lebih masin kerana lebih sodium dengan kewujudan plasenta dalam rahim ibu-menjawab kenapa kakak damia kadang-kadang minta air masak selepas menyusu di waktu malam.
so mommies, tiada apa yang perlu dirisaukan untuk menyusu semasa mengandung ini. jika anda berjumpa doktor dan doktor suruh stop serta-merta, saya nasihatkan anda untuk mendapatkan second opinion dari pakar laktasi/doktor yang pro-bf. tak semua doktor menyokong penyusuan susu ibu ini dan jangan ingat semua doktor tahu tentang susu ibu :)
happy breastfeeding mommies :)

| Reactions: |
Monday, April 9, 2012
..update..
lama tak update :)
update sikit je boleh?
sekarang saya x lalu makan *huaaa..*
kat sekolah je saya boleh makan.
balik rumah, semua pun tak lalu.
air kosong pun..pegi sekolah bawak botol penuh, balik botol masih penuh! *hua..hua..hua*
hormon prolaktin makin kurang, kurang makan, kurang minum, mestilah susu drop kan.
redha je la :)
nak makan apa ni?
psst..psst..tau tak kat sekolah saya ada 9 org preggy mommies..
tak sabar tunggu few months lagi bila perut semua orang dah membesar.
hihihi...

Saturday, March 31, 2012
kangar-alor setar
lama dah rasanya upload gambar2 ni dan tepek kat blog.
tapi nak menulis ceritanya tu payahhh ya amat!
hoho,sedang mabuk-mabukkah?
oh tidak-tidak..*defensive ;p *
cuma saya tiada selera makan dan selalu penat.
hari-hari tidur jam 9.30 malam. *prfff*
okey, nak tunjuk gambar-gambar masa trip ke utara.
temankan encik suami outstation ke kangar dan alor setar.
saya ngendeng-ngendeng nak ikut, gara-gara takut nak duk rumah sendiri. kihkihkih..
kakak damia bosan duduk lama-lama dalam kereta.
kami bertolak 6.30 am dari kajang dan sampai Hotel Seri Malaysia Kangar pukul 3.00pm.
saya bagi kertas dan pen untuk dia menghilangkan bosan.
sampai dah siap lukis-simpan kertas-lukis lagi, tak jugak sampai-sampai kan kakak.
jadi saya ajak damia bergambar.
dan dia mula la explore kamera untuk mengambil gambar sendiri ;p
fuh..fuh..hampir sampai ke destinasi.
tadaaa...hello kangar!
masa untuk check-in hotel dan merayap-rayap sekitar utara.
kesian hotel ni.
eh,kesian kat kami kena layan diri sendiri tau.
kena tolak troli ke bilik sendiri.
aih, patut dapat diskaun harga bilik hotel kan..
bilik kami- tu dia...ada amoi bahagian maintenance untuk pastikan kondisi semua lampu berada dalam keadaan yang memuaskan.
haaa..yang ni paling mak buyung tu suka.
shopping kat padang besar!
gigih encik suami drive demi memenuhi permintaan bini dia tau.
take a break and enjoy my nenen :)
encik suami ajak g melepak kat tepi jeti kuala perlis.
makan seafood kat sini :)
memang hobi kami kan..
sedapppp...dan mahal!
kihkihkih..
esoknya, encik suami kerja dari 8 pagi hingga 1 petang.
peluang untuk mama dengan damia sambung tido kat bilik ;p
pukul 2 pm, after check-out semua kami gerak ke alor setar.
oh,pertama kali jejak sini dan saya suka pasar rabu :)
tapi tak teringat nak ambik gambar pekan rabu.
gara-gara sibuk menyopping kan..
ahad, 18 mac kami gerak balik kl.
dari alor setar pukul 2 petang,lepas encik suami habis kerja.
sampai kajang pukul 11 mlm.
dan esoknya kena pegi sekolah mcm biasa *pengsan*
rasa dah besar dah kakak damia.
kadang-kadang rasa sangat kesian dengan dia.
rasa saya belum puas nak sayang dia.
ni dah nak jadi kakak dah :(
hoho,perasaan apakah ini?
agaknya normal la ibu-ibu mengandung ni beremosi kan :)
| Reactions: |
Monday, March 19, 2012
second junior
assalamualaikum mommies :)
saya nak berkongsi kegembiraan dengan anda semua :)
its our second baby.
masa check ni, 17mac, sempena ulangbulan hubungan sy dan suami ke 90 :)
haha,ulangbulan pun nak kira kan ;p
kira hadiah dari saya untuk encik suami la.
hadiah untuk saya? eh,saya awal-awal dah request medela freestyle tau.
*peningla encik suami nak kumpul duit ;p *
alhamdulillah..ia seperti yang diharapkan dan didoakan.
kalau ikut kiraan jari-jemari saya ni, si dia sepatutnya berusia 5 minggu.
tapi kami tak pegi jumpa doktor untuk confirmation lagi.
sebab mengikut pengalaman (wah,pengalaman tu..) usia 5 minggu ni tak nampak apa pun lagi kalau scan.
just nampak kantung dia je.
so kami decide untuk menunggu lagi beberapa minggu supaya boleh terus scan :) jadi bolehla nak tau edd si dia kan..
eh,tapi mulut murai saya ni tak sabar-sabar nak berkongsi berita gembira dengan anda..isk..isk..
doakan kami eh!
semoga baby in mommy's tummy membesar dengan baik dan sihat.
mama tak sabar nak tengok rupa second junior kami ni.
macam encik suami kah? macam saya kah?atau macam kakak damia?
haha,its really a good feeling.
alhamdulillah....
oh,saya sedang study tentang nursing while pregnant.
nanti saya berkongsi dengan anda ya!

Tuesday, March 13, 2012
marking oh marking
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *mode acik lega sikit habis marking*
lima kelas tu..rasa berpinar-pinar biji mata acik nak nengok jawapan pelajar.
apatah lagi nak menilik setiap tulisan tangan..fuh..fuh..
nasib baik la paper math je..kalau karangan bahasa malaysia, mau pitam-bangun balik-pitam semula acik menandanya tau!
ha..nengok..nengok..gigih acik tu menanda. siap ada semug nescafe buat tongkat mata yang kejap hijau kejap biru dek jawapan bebudak tu dan eh? nape ada remote control tv di situ?
settle bab menanda, yang sebenarnya hanya 80% dari markah sebenar.
haa..mana datangnya lagi 20%
tadaaa....
20% lagi datang dari markah pentaksiran pembelajaran.
huehuuhuuu..ni la den paling lomah sekali.
dahla ada 43pelajar x 5 kelas.
tiap sorang pelajar acik kena bg markah tau!
ada 6 kriteria yang diambil kira : tugasan, mutu kerja, ketepatan masa, kehadiran, sikap dan penglibatan.
weh..weh..sekolah korang ada macam ni tak?
rumit kan..pening acik nk bg markah tiap sensorang.
tulis tangan pulak tu!
dengan kotak kecik-kecik, acik pun kena kecikkan mata nak isi form ini.
dan yang paling tak best, musim dapat markah, akan berduyun-duyun la segala jenis bodekan terhadap cikgu-cikgu untuk mendapatkan markah.
maka bertebaranlah janji-janji manis bebudak ni untuk berkelakuan baik di masa-masa akan datang.
tapiiiiiiiiiiiiiiiii....
musim exam je la..lepas tu dorang buat la perangai balik..aihhhh!!!

Monday, March 12, 2012
amalan kecantikan?
saya sedang mencuba produk ini.
*ah,macam-macam mama damia ni kan..kejap gila nak kurus-ni gila nak cantik pulak*
gambar ehsan dicuri-dengan-izin encik google.
lately ni rasa macam concern je dengan kecantikan diri sendiri tau.
bila rasa gemuk, mula la gila-gila nak berdiet.
bila muka nampak berkedut sikit, cepat-cepat cari produk yang ada collagen.
yelah, bila kira-kira-jari-tangan-campur-jari-kaki-campur-jari-anak, tahun ni saya masuk 27tahun..phewww..
bila tengok orang lain sibuk ambik produk itu ini, saya pun mula la terikut-ikut sama..isk..isk..isk..
tapi saya percaya, wanita-wanita cantik di luar sana tu mesti ada amalan kecantikan masing-masing kan.
so saya fikir kena la bermula sekarang. esok-esok kalau dah terlambat, nangis tak berlagu laaa..
lagipun, better la amalkan sesuatu dari tak ambik pape langsung kan :)
okey, review produk..
produk ni produk muslim.
jadi tak perlu ragu-ragu tentang kandungannya.
ia terdiri dari coklat + kolagen marin + vitamin c + vitamin e.
saya suka produk ini :)
sebab ia macam coklat. bila nak makan rasa semangat sebab macam makan coklat biasa je :)
tapi produk ni agak mahal. RM 49 untuk 12biji coklat. satu hari kena makan satu biji, 3 jam selepas makan malam.
*psst..tapi acik tu kan, nak berjimat punya pasal, dia makan setengah biji sehari. jadi sekotak leh tahan 24 hari..kihkihkih*
actually baru seminggu saya makan menda alah ni.
so far okey la, saya suka sebab kulit muka rasa makin lembap-lembap gitu :)
dan acik pun semakin rajin membelek muka di cermin untuk melihat perubahan-perubahan yang berlaku sambil tersenyum-senyum di hadapan cermin.
ohoho..saya tak jual produk ini tau!
ni pun just berkongsi cerita.
jadi amalan kecantikan anda bagaimana?

Subscribe to:
Posts (Atom)